Friday, February 16, 2007

Pergilah sayang

myspace icons


myspace icons





Di halaman rumah luas hijau mata memandang..air mengalir disungai yang kecil..tidak jauh dari situ ada padang yang kecil..cukup untuk bermain bola..cukup untuk bermain kejar kejar..menjadi halaman paling indah buat semua..Pohon besar itu tempat untuk berkumpul..dipadang yang besar itu pula ada semalu..kita pijak..kita berlari..bila petang tempat melancarkan layang layang...ditepian jalan pasir itu belajar untuk menunggang basikal... jambatan batu tempat memancing ikan..jaga diri jangan terjatuh..kini tiada lagi..tiada yang mewarisi..padang itu menjadi halaman kecil..semalu itu sudah menjadi lapang..sungai itu telah tertanam jalan pasir telah pun hilang....

Selepas nie awak nie pergi mana..

Saya nak pergi jauh..

Awak nak tingalkan mak awak..keluarga awak..awak nak pergi mana?

Tak tahu lagi..

Jadi awak boleh lupakan saya..? Maafkan Sofea.. Rizal.. untuk akhirnya kalau boleh saya nak awak bakar ‘gambar kenangan’ itu..

Sofea..membakar ia sepertiku membunuh kemiskinan hidupku..tak mengapa aku akan pergi..tapi jaganlah kau mengharapkan aku melupakanmu..

Rizal..berhentilah mengharap..sofea tahu bukan mudah untuk melalui apa yang telah kita ciptakan..namun berilah aku peluang untuk aku memperbaiki kesilapan…dengarlah

It’s not because how do you start but its how the story end, My Journey


Kau lihatlah sinar cahaya ketawaku..kerna itu penawar hidupku..aku lihat hidupmu..
Aku merasai kesenangan dunia ini..aku lihat senyum mu aku lihat kebahagiaanku..
Emm….kau lepaskan tanganmu untuk aku sedar kembali..dunia ini bukan hanya untuk cinta
Dimana aku mejerit..pada gambar kenangan yang ingin kau musnahkan yang memaksaku
Melupakan..
Terhurailah satu destinasi yang ku pilih sendiri..
menyelongkari kisah seribu satu malam
Ada kisah yang lebih sedih dan hiba dari sebuah kisah sedih..yang penuh luka..
Masih ada yang mengingati untuk aku terus berdiri untuk aku terus berlari..
Kata mereka..Biar luka biar sakit biar derita biar ia sembuh dengan sendirinya…
Kata kau Andai kita bertemu lagi suatu hari nanti janganlah kau renung mataku..
Janganlah kau lihat wajahku kerna ia bukan lagi milikmu…
Lihatlah permata yang paling bernilai dihadapan mu kerna ia lebih sinar dari kasih kacaku
Kataku...Aku dendangkan kisahku untuk kenangan…
ku buaikan kasihku untuk kau mendakap...ku bawa berlari angan-angan semalam yang terhempas…
ku kutip kenangan dimana berselerakan ke langit

Kemana ? sayang
Jauh dari sini.. jauh dari sini agar bergenang dikelopak mata, tidak ia jatuh lagi untuk kau

Kisah kau dan aku yang ku bawa berlari kelangit telah ku selitkan bersama bintang…
Bintang yang ku tak lupa Puisi Kawan.
Kata mereka jangan tertalu ditangisi dengan kecewa
Kata kau Segala ketentuan itu datangnya dari Yang Maha Esa
Kataku..Syurga Allah itu ada…Biadadarinya dari kalangan yang kita cinta.
Jika kita memlilih lurusnya ke jalan ALLAH

Lupakan aku sayang !
Fikirkanlah keburukan yang telah diperolehi pasti akan terbit benci darimu dan pasti kau kan melupai cinta itu.."



Pernahkah kau menguntai
Hari paling indah
Ku ukir nama kita berdua
Disini syurga kita
Bila kita mencintai yang lain
Mungkinkah hati ini akan tegar
Sebisa mungkin tak akan pernah
Sayang ku akan hilang (My Heart –Acha & Irwanshah)



Perlahan lahan kulepaskan helaian urat urat wajahmu..
walaupun amat melukakan
Kerana kasih sayang hidup ini perlukan banyak pengorbanan
walaupun penantian itu.. satu kesengsaraan
penantian itu juga satu kebahagiaan

Kata mama*orang yang sanggup memberikan cinta adalah orang yang kuat, karena ia bisa mengalahkan keinginannya untuk mementingkan diri sendiri
... ......................................................


Abang..boleh call melissa tak..

Petang lah selepas game bola..ok..

Menang tau..abang...

Sayang...

Maafkan melissa..lisa tahu abg sangat sayang kan lisa...lisa pun.. tapi hakikatnya hidup ini hanya sementara..dari DIA kita datang kepadaNYA juga kita akan kembali..terima kasih selama ini..sewaktu abg membaca coretan ini jangan titiskan air mata..sebelum nie pun abg pernah menangiskan..tapi lisa tahu abg dah kuat dah tabah menghadapi hidup ini..abg simpan gambar kita yer abang..Lisa takder sesiapa pun didunia nie melainkan abang...jangan lupa sembahyang lima waktu..

Abang..
Suatu hari nanti bila abang dah senang abang jangan lupa derma pada anak yatim tau. Lisa nak pergi jauh dari sini..tapi kita jumpa lagi tau..jangan sedih..Abang..bila lisa rasa sakit mendengar suara abg..yang abg nyanyikan untuk lisa..lisa rasa sungguh gembira terima kasih abg..tapi jangan selalu nyanyi...bila lisa tak tak ada di dunia nie..mengaji Al quran.

Sayang...teruskan perjalanan hidupmu..cari kan ketawa untuk orang disekelilingmu walaupun adakala hidup kita ini penuh duka..

Senyum sayang..kau telah membahagiakan ku walau seketika...



..........................................................

Aku perlu hidup...aku mahu hidup..dan teruskan hidup

Perjalanan hidup ini harus dilalui dengan ikhlas. Tiada untuk dibanggakan tiada perlu dimalukan dalam mengharunginya. Sememangnya kesilapan akan ada namun hidup harus diteruskan. Tiada rasa rendah diri ini pabila membuat semua pekerjaan demi mencari rezeki.. Dari kerja mencuci pinggan ke mencuci lantai, membasuh bas membuat kerja buruh kerna aku memilih jalan itu.. aku tahu aku mengundurkan langkah.. memilih jalan yang jauh dan berbeza.. disebalik rasa kecewa terkilan dan redha aku memohon ampun dan maaf.. betapa hancur harapan kedua ibu bapa yang mahu melihat anaknya berjaya..

Percayalah… aku juga rasa kecewa dan aku juga amat sengsara bilamana aku punya cita cita…punya impian.. tapi keadaan hidup membuat selalu redha dengan ketentuanNYA.

Minat terhadap sukan lebih lebih lagi bolasepak..menjadi seorang pemain yang disebut sebut kepandaian dan kelincahan.. kata orang kalau terlalu minat dia akan membuat apa saja bagi merealisasikan impiannya… bagiku aku perlu memikir keadaan tertentu .. memiliki sepasang kasut bola pada waktu itu perlu aku lupakan, demi memikirkan kesukaran memperolehi untuk keperluan lain yang lebih penting dari itu.. dan ia bukan miliku..

Pernah satu ketika..aku memasuki pasukan pengakap sekolah dimana hanya aku seorang sahaja yang tiada seragam… aku bertahan sehingga aku diarahkan untuk berhenti jika aku tidak memiliki pakaian seragam pengakap.. mereka tidak pernah bertanya pada ku..apakah aku mampu untuk memilikinya.. aku diamkan saja dan tidak lagi hadir setelah menerima surat pemberitahuan tersebut.. aku masih gembira aku dapat mengikuti latihan dalam beberapa bulan.. bilamana waktu itu kemudian aku hanya memerhati aktiviti mereka setiap petang bila pulang sekolah.

Hidup ini perlu diisi dengan perjalanan tanpa aku kira malam dan siang..memilih untuk bekerja sambilan semasa bersekolah adalah satu kesilapan.. tapi aku perlu hidup.. dan aku mahu hidup.. dan teruskan hidup.. membahagikan masa siang untuk sekolah petang dan malam untuk mereka yang ku sayang..pagi untuk masa depan.. petang aku korbankan minatku..malam aku tamatkan zaman remajaku..aku hilang..itu semua..untuk teruskan perjalanan..




‘OEMOR


Merentasi alam yang penuh kekurangan. Adakala kita perlu berbohong demi orang disekeliling yang kita sayang dan menyayangi kita agar mereka rasa amat bahagia.

Memasangkan impian mengikut jalan yang sukar adalah amat sukar dan payah.. ,merasai betapa bermaknanya hidup pabila memperolehi sesuatu walaupun tidak seberapa tetapi ia amat sekali berharga dan kita simpan selamanya…iaitu persingahan..

Memulakan langkah dengan bekalan azam dan semangat memohon restu irigan doa…mereka kata doa ibu sangat makbul..jangan sesekali menderhaka pada ibu bapa dan jagan sesekali lupa pada mereka.

Tiada mempunyai seorang kawan yang paling rapat untuk berkongsi rahsia hidup bilamana ku anggap rahsia hidup ini seperti nyawaku yang amat teristimewa..Bagi yang datang ia amat misteri kerna ketawa menghiburkan mereka kerna suaraku bergema berlagukan nyayian jiwa…

Memulakan elektronik factory ..bila mana mereka kata pergi di waktu bulan hilang pulang sewaktu bulan mengambang….

Menjadi hero pujaan nyanyian di malam hari tiada lelapkan mata agar jari jemari teruskan melangkah …aku penghibur mereka aku menghulurkan senyuman pertama, aku mereka kenal dengan ‘oemor bintang malam untuk mereka….

Ros
Ina
Zakiah
Ila
Ani
And others

All the sweets memories kupejamkan yang telah dipinjam kan sementara untuk mengenal erti pertemuan dan perpisahan when one of them come to me.. say I’m her Hero being part to save her life…..with tears..

Kemana kamu nak pergi selepas nie..kami semua tak dapat nak bagi apa-apa pada awak..
Apa yang dapat kami kata kan terima kasih selama bersama kami di sini..jangan lupa kami.. kami pun akan ingat awak..Izinkan kami berjalan bersama melalui lorong ke hujung jalan itu bersama awak..dan pabila samapai disitu izinkan kami melambai awak bukan mengatakan selamat tinggal atau selamat jalan tetapi menyatakan kami mengingatimu dan kami tahu awak akan memilih jalan yang lebih baik dari kami dsini
Tempat awak bukan disini tapi yang lebih baik diluar sana ‘oemor kami…




CINTA untukmu Hana



Hana..waktu kau hadir aku berkawan dengan sahabatmu..dia amat baik bagiku dan dia sahabat pertama bagiku..namun rahsia hidup ini aku simpan untuk kamu..Indahnya calar calar kehidupan ini bila kau dan sahabatmu menghulurkan salam pertemuan..Kita masih muda kita masih remaja..kita masih belum cukup betah…kita ada... ada cinta antara kita.
Dipetang itu gurauan antara kita semua aku sembunyikan sesuatu..pandangan pertamaku..
Aku jatuh cinta..Aku jatuh cinta..padamu..
Aku bersahabat dengan sahabatmu tanpa dia ketahui aku telah jatuh cinta padamu..
Mengapa kita membisu tidak memberitahu di halaman ini..bunga dan buiaan itu adalah kepunyaan kita..dan aku paling bahagia dan aku paling gembira….
Sahabat maafkan aku mengambil sahabatmu sebagai kekasih hatiku dengan sembunyikan darimu.
Sahabat..betapa aku tahu jujurnya persahabatan kita tanpa aku sentuh jarimu tanpa aku lihat seurat helai rambutmu..kerna aku miskin semua ilmu..
Kita bina halaman ini cukup indah..Aku pulang bersama kawan menyatakan itu sahabatku dan kau kekasih hatiku..

Hana pertemuan pertama kita diam tanpa bicara..melihat matamu ohh berdosakah aku..hingga pulang kita hanya saling berpandangan tetapi cukup untuk meluahkan sesuatu...begitu panjangnya bicara membisu tanpa henti walaupun...dan kau simpan gambarku..baju berwarna biru..

Sahabat..hampir setiap petang kita bertemu bersama kawan tiada mereka jemu persoalkan siapa aku dari mana asal usulku..

Kawan berkawanlah dengan ku kerna aku tiada kawan untuk membuaikan angan -anganku..

Sahabat aku selalu teringat akan dirimu..bagaimana kami boleh sembunyikan perasaan kami dan terselitnya gambar kami berdua dalam poketku..dan Hana hampir menjerit pabila gambar kami hampir terkeluar dari poket ku.. Sahabat ini hanya sebuah kisah..
Yang tiada pernah kau ketahui..dan kau tahu..kaulah sahabatku yang tak pernah aku beritahu..dan dia kekasih hatiku yang kau ketahui bila menangis ke bahumu..

Hana..April ini ulangtahun hari lahir mu..Dihadapan rumah mu aku letakkan sebuah kotak didalam nya seperti biasa ada sesuatu yang istimewa dariku..dan hari itu tiada lagi kau menyambutnya bersamaku..bersama ini ada kek lukisan hari jadimu..lilinnya aku lukiskan juga dan warnakan merah apinya menyala..selamat hari ulangtahun sayang..
Awal pagi telah aku letak dipagar rumahmu..aku tahu kau tidak mahu berjumpa denganku..kerna yang bernilai menantimu di ulangtahun harilahirmu…

Hana..mereka kata untuk melupakan kenangan kau harus buang apa yang kuberi..mengalirkan gambar kita ke lautan..

Tapi Hana..aku bawa gambar menyeberangi benua dan kembali merentasi lautan..dan yang tersimpan pemberianmu pada ku adalah kenangan…dan aku simpan..

Hana terima kasih cintamu untukku dan ia adalah sejarah untuk memulakan..
Ibu..Hana tidak lagi kan berjumpa denganmu..kerna ia adalah salah dariku…Ibu jangan hukum ku..ayah lakaran di dinding itu maafkan aku..betul katamu ayah..mungkin kerna lakaran itu aku mengerti untuk memulakan..dan harus terima cinta itu untuk Hana dia memilih untuk terbaik buat dirinya..dan ku harus redha..

Hana..bila pertanyaan datang menikam tubuhku..aku tahu tiada persoalan buatmu..
Kau tahu bagaimana aku hidup dengan setiap tikaman itu..Ibu dan ayah ku menahan bilah tajam dari menembus kehujung badanku..dan mereka terluka kerna ku…
Tapi aku biar..kerna aku tiada berdaya kerna aku sendiri parah..namun aku balut tangan mereka bila kesempatan aku bangun jadikan bilah tajam menongkat untuk kuberdiri memecahkan semua memori …dimana bermulanya berselerakan kelangit…

Hana..pada sahabatku jua sahabatmu aku berpesan aku kan pergi..seperti yang kau inginkan..tanpa aku menyatakan aku melepaskan mu….kerna lakaran didinding kau sebahagian dari kami..selamanya…Cinta untukmu Hana dari mereka walaupun ia bukan lagi dariku...

......................................................

Di Sini


Aku terpaksa berjalan kaki menuju kerumah itu..ramai dikalangan mereka menyuruh aku pulang dan belajar di Universiti atau tinggal saja bersama ibu bapa disebabkan umurku yang masih muda…Apa yang mereka tahu tentang aku..berkawanlah dengan aku dahulu…

Disini setiap petang aku berada di tepi padang..melihat mereka dengan skil masing masing..tegap, pantas, yakin dan semangat..terdengar suara meyapa..

Alo kawan boleh main bola?

Boleh tapi lama sudah tak turun padang…

Cakap banyak pun tak guna kawan..bawa kasut turun padang..baru kita cerita..

Pabila setiap petang sebelum aku melihat mereka di padang..aku sendirian di taman mencari kawan..Ditaman itu aku sendiri..kosong bagaimana untuk aku meneruskan perjalanan.. siapa kawanku siapa sahabatku..siapa untuk aku rindu..Selalunya aku terpaksa membuat pilihan sama ada aku mahu berada di tepi padang atau di taman permainan..Ditaman permainan aku dapat melihat mereka berjalan pulang dan mereka keluar petang dan mereka berdua …bertiga atau beramai ramai. Dipadang disitu dahulu adalah impianku..aku memilih untuk abadikan…waktu ini aku mahu bersendiri..aku mahu mendalami tempat ini.agar membuat aku selesa ..

Disini aku tiba tampa seorang kawan..seperti orang asing bagi mereka mungkin kerna usia..tapi aku cuba..

Mereka kata aku tua dan mereka masih muda..aku tercari cari jawapannya..kerna fikirku aku yang muda usianya..

Setiap minggu menghabiskan masa di Jalan Tunku Abdul Rahman..berjalan memerhati jika ada ternampak kawan kawan yang terdahulu..hampa…memilih untuk menaiki Bas daripada menaiki Motorsikal mengharap jika ada kawan untuk ku menyapa..
Hidup bagai hilang arah walaupun mempunyai pekerjaan.. Apa yang dicari..sesuatu yang hilang atau sesuatu yang belum di temui..

Di petang itu..memulakan suatu yang pernah aku abadikan..Diberi peluang untuk mempamerkan apa yang aku ada…pada mereka…

Lembek..tiada tenaga..skill out…lembab..malas.. hilang arah..tapi petang itu aku bukan setakat mendapat seorang kawan tapi ramai kawan..

Kau tahu…kau ada semangat…esok turun lagi..kau dalam pasukan kami.

Petang itu sepanjang taman itu aku melambaikan tangan pada yang berjalan yang berlari yang berhenti memerhati seolah aku mengenali mereka dan mereka amat rapat denganku..dan petang itu mereka aku kenali sangat baik untukku..mahu membantuku..

Selamat pagi Encik..

Selamat Pagi..

Walaupun disini..tempat yang bukan sesuai untuk awak..tetapi saya percaya awak boleh menyesuaikan diri dan belajarlah untuk hidup disini dan jika ada peluang di luar sana jangan tunggu ambil dan pergi..dan saya sentiasa menyokong permohonan awak. Awak sangat muda dan saya sangat bangga walapun awak tidak berpelajaran tinggi tapi awak akan memperolehi pengalaman dalam hidup…rajin..dan berusaha.

Pada perlawanan bolasepak yang pertama bagi diriku..aku diberi peluang 10 minit terakhir itupun setelah pasukan ku mendahului pasukan lawan 4 – 0 dan aku di letakkan sebagai striker.. Sepuluh minit..tapi aku puas kerna aku mulai merasai aku hidup….dan aku ada kawan..kawan ku yang paling muda berusia 27 tahun sedangkan aku 21 tahun…dan kebanyakan mereka telah berkeluarga..tapi mereka banyak membantuku..menasihatiku dan memberi aku peluang untuk bersama mereka...
dan semua itu bermula disini..